Isnin, 25 Februari 2013

Kawan

Hidup tanpa kawan ibarat melihat tanpa mata, ibarat bernafas tanpa udara, ibarat jasad tanpa nyawa, ibarat dunia tanpa cahaya. ibarat bla~bla~bla, ibarat barat dan utara dan pelbagai ibarat yang ada di dunia. Motif yang nk aku sampaikan kat sini adalah kita hidup kat dunia ni memerlukan insan yang bernama kawan. Hal ini kerana, kawan akan menjadikan anda gembira, sedih, marah, kecewa, merana dan membuatkan hidup anda penuh warna. Kalau x hidup mu gitu je la. Dok nganga. Tahukah anda? kawan, teman, sahabat, kerabat, kekasih, janda, polis, bomba dan penagih  merupakan watak yang berlainan. Tidak sama. Ia berbeza.

Okey, lets go. Kawan pada pandangan peribadi aku adalah apabila kita mengenali wajah, nama, mengetahui serba sedikit latar blakang, dan pernah berhubung. Ya, itu adalah kawan. Persoalannya, tahukah anda tentang jenis-jenis kawan? meh jawab cepat aku bagi hadiah penampar free. Soree, tajuk ni x da dibincangkan dalam buku teks Sejarah tingkatan 4. Sila jangan mengada-ngada nk p selak buku cari tentang soalan tu. Harap maklum.

Saya Chipsmore...!!!

Jom kita mulakan bicara kita tentang kawan. Yang pertama "Kawan Chipsmore".Haa, 1 Malaysia tau perangai chipsmore ni mcm mana. Kalau anda x tau, sila ubah warganegara Malaysia anda ke warganegara Mongolia secepat yang mungkin. Anda di sahkan gila. Dari kecik smpai besar iklan tu melekat kat tibi umah aku. Ke tibi korang x de iklan tu? Mushkil aku. (-_-") Sebenarnya, sifat semulajadi Chipsmore ni " kejap ada kejap x da". Kawan macam ni korang akan jumpa bila dia perlukan kita. dan apabila dia x perlukan dia menghilang. Maka, apabila anda menemui kawan seumpama ini, sediakan bekas typerware cepat2 dan masukkan kawan tu kat dalam bekas tersebut sekiranya berjumpa. Leh buat sajian minum petang kan. Kata chipsmore.
 
Saya uWaye~

Seterusnya adalah "kawan Buaya". Sifat buaya ni adalah ganas, macam orang yang tengah baca ni. Ya, anda..!! Mungkin anda bukan ganas pada kawan tetapi anda ganas masa makan, ganas masa mandi, ganas masa bsukan, ganas masa malam, dan ganas ketika bersama si dia ~upsss...Mungkin. Maksud saya di sini adalah kawan yang makan kawan. Kira ganas la tu kan? Anda yang beria-ria dok berbaik dengan dia, siap bagi makan free, suapkan nasi, dodoikan masa tdo dan pendengar setia kawan tu bedengkor,  tetapi dalam masa yang sama beliau mengambil kesempatan atas kebaikan anda. Tidakkah itu bahaya? Satu lagi contoh, elok2 korang ada pakwe or makwe yang baik dan betaqwa, tiba-tiba kawan kita sendiri masok line pastu kebas kekasih korang. Geram kan kekasih kene kebas? Gile x geram. So kalau geram kekasih kene kebas, aku sarankan. bawak2 bersabar dan dok diam. Sesungguhnya Allah maha adil. Kalau anda ikut hati, mati anak orang sat g. Tu je yang boleh aku sarankan. Oleh itu langkah yang sepatutnya di ambil apabila menyedari kawan seperti buaya ni adalah, tangkap dan jual di zoo yang berdekatan. Memang x boleh di buat kawan.


Perfume..!!!

Yang ketiga adalah "Kawan Perfume". Kawan ni akan rapat ngan kita bila kita wangi dan akan menjauh bila kita x mandi pagi. Memang patut la kan kena menjauh kalau x mandi pagi. Busuk doh. Kalau aku pun x nk dekat dah. Baik aku dok sblah sapi, lebih kurang baunya. Tapi maksud sbenar aku kat sini bukan macam tu. Maksud sebenar kawan perfume ni adalah kawan yang akan mencari kita ketika kita senang, dan menjauh tatkala kita susah. Contohnya,gaji kita bulan ni yang sepatutnya dalam RM2000 tiba menjadi kita chek jadi RM 200 000. Silap sistem la kan. Ni contoh ja. Masa ni la tiba-tiba kawan yang bernama Si Polan B. Si Pilun berkawan rapat ngan kita. Pastu ajak p beli belah dan melancong. Selagi duit tu x abeh, selagi tu dia dok kawan ngan kita dan hasut kita g melancong g mana-mana dan kita yang kena belanja. Bila kita dh kering balik dan menerima musibah, haram muka tu nk bagi bantuan. Bulu hidung dia yang dulunya bersepah kat umah kita masa senang, sampai waktu susah langsung x bersepah dah. Ibarat rumah tu baru 5 minit d datangi pihak DBKL. Suci je. Haaa..Orang mcm ni la namanya "Kawan Perfume". Jumpe je orang mcm ni, jgn malu2 bagi tendangan serong kat muka sebelah kiri. Pastu sumbat hidung dia lam mangkuk tandas berukuran jejari 6 sentimeter.  Biar dia tau erti dan rasa nikmat hidup sebenar..

Knife/Rojes/Pisau/Pisok/Ladin

Ke-empat adalah kawan Pisau. Kawan cam gini bahayanya pada mulut. Mulut mengalahkan pedang beb. Silap-silap mulut tu leh buat potong ikan, bawang, kentang, penyapu, zink, konkrit dan pepejal yang lain. Kawan macam gini baik kita elakkan dari bercakap lebih, dan seeloknya jangan berkongsi masalah dengan nya. Kerana dikhuatiri masalah anda yang sikit tersebut akan menjadi parah seterusnya mental anda yang masalah. 1 hal lagi nk usung korang g Tanjung Rambutan. Orang cam gini akan mudah menyakitit hati kawan-kawan dengan menggunakan ayat sahaja. Memang nampak macam biasa, tapi bila terkena makan dalam beb.Kalau dah makan dalam, pedih tu. X kisah la bergurau ke tak, tapi ayat dalam pergaulan hendaklah dijaga supaya tidak mengguris hati mana-mana pihak. Kan? Kan ? kan?
Cokelet...!!!

Ke-5 adalah kawan chocolate. Yang nama nya cokelet ni x de yang masam. Semuanya manis belaka. Meh habaq kat aku apa dia coklet yang masam? xdak kan? Haa, kena ingat, kawan macam ni ada yang manis dia madu, dan ada juga manis dia beracun. Kena pandai la menilai la kan. X semua yang memuji tu baik dan X semua nya jahat. Tapi aku pernah mendengar kata-kata dari tokoh apa ntah, aku dh lupa siapa, dia kata, "orang yang memuji kita adalah musuh kita dan orang yang mecaci kita adalah kawan kita" Maksud kat sini adalah, apabila kita ni manusia mendapat kepujian, ia akan menimbulkan satu sifat yang di beri nama bangga diri, dan ia akn menjadikan seseorang itu riak dan takbur dalam kehidupan. Namun apabila dikeji, kita akan berusaha mengubah semua kekurangan kita menjadi lebih baik dan ia akan menjadikan kita rendah diri. Tapi pada pandangan aku, itu bergantung pada penerimaan seseorang la kan. Kalau iman kuat terkawal, kalau x, binasa diri.

Yang ni aku baru kupaskan 5 jenis kawan. Ada lagi 5 jenis kawan yang akan aku leterkan nanti. Assalamualaikum..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan