Rabu, 20 Februari 2013

Pembersihan semula BLOG

Aku skrg tgh bosan pasal x da keja nk buat. Aku hanya duduk bsila di atas kerusi pejabat tempat aku praktikal sambil mata memandang tepat pada skrin laptop dan tangan memainkan tetikus tanpa arah tujuan. Kesana sini tetikus itu aku bawa bergerak sehinggakan kdg kala seperti tetikus itu pun bosan hanya dibawa mronda menkhinzir buta sahaja. Aku dapat rasakan yang tetikus itu berbicara " alahai, bodoh habaq ang mangkok ni....xdak keja lain ka yg dia nk buat selain mramas bdn aku pastu d bawak kehulu kehiliaq..pening tau dak..!!" Ya...! tetikus aku berasal dari Kedah. Dia besar dan sihat. berbadan tegap dan gelap. Banyak berjasa plak tu. Tapi bukan tetikus itu yg saya nk crita ni sbnarnya. X penting pun. Next:-

Dalam kebosanan yang melanda diriku, aku terfikir tentang lapangan BLOG yang pernah aku tinggalkan suatu masa dahulu. Kalau tak silap, masa tu zaman peninggalan Pak Kutai B. Katai (bekas pemain guli peringkat daerah) lama jgk dh la beliau pergi. Masa tu blog d buat sebab subjek e-Commerce @ e-Dagang yang mmerlukan kami sebagai pelajar diwajibkan membuat satu blog pemasaran setiap seorang. Makanya, kami dalam satu kelas tersebut menyediakan blog masing-masing. Blog aku masa tu, aku buat Pengiklanan ala2 Agen Pelancongan gitu cth mcm tempat tinggal, keta sewa dan kawasan yang dilawati di Kuching, Sarawak. Tapi tema blog aku Kacang.com. Aku pun x paham bendulnya aku masa tu. So nampak macam x kena je kat situ kan. Background pun warna warni plak tu. Kanak-kanak betol la. Siap ada ShinChan lg kat tepi, pastu ckp "slmt dtg, nengok je.? marilah komen" haha. Ape2 pun, GoodJob Shin Chan. Lu pekerja rajin.


Dh teringat tu, ape lagi aku trus la nengok balik blog aku tu. Pergh..wa cakap lu, bersarang beb. 1 hal lagi nk kena beli penyapu, mop lantai, fabuloso, Xavi Alonso, pisau cukur, harpiq, harpraq, selipar jepun bagai sume aku beli beb, pasal nk buang sume sampah2 yg ada kat blog cam sarang-sarang burung, sarang2 buaya, sarang2 beruang sarang2 he-yo pun ada. Penat jgk la nk mengemas blog2 terbiar ni. Dinding dan Pintu aku dah cat dan gantikan ngan yang baru. Haaa, yang anda lihat skrg ni kira yang terbaru dah la ni. Nampak macam kampung cket pasal gune kayu-kayu kan. Tapi x pe. Aku suke klasik fm. Ok, xde kaitan lg.


Maka bermulalah blog aku yg aku renew balik ini hari. Arap pasni aku dperbanyakkan idea2 utk update my blog ni selalu. Aku akan bercerita pasal apa yg aku rasa nk cakap. So, chow dlu la ye...Assalamualaikum...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini