Khamis, 21 Februari 2013

Sekolah

Sekolah merupakan salah satu tempat yang mana ia merupakan tempat untuk bersekolah. kurg bijak kan pengertian itu? alaaa.... xkan x tau sekolah itu apa kot. Ang x pi skolah ka pa sampai skolah tu pun ang x tau? ni aku bukan marah. aku tanya je. :) Jgn marah haa. Sebut je pasal SEKOLAH, ia akan membawa penerimaan berbeza kepada 3 golongan manusia.

Yang pertama adalah golongan orang baru nk mengenal baik burok, pinggan mangkok, tanah pokok, mancis rokok, kera berok, hirok pikok ( mulut korang baca pun muncung je kan. haha. Comelnye~ ) yang membawa erti kata lain golongan budak-budak tadika ataupun prasekolah. Diorang ni kadang-kadang suke gi sekolah, kadang-kadang tu malas nauzubillah. kalau rajin g, kalau malas dok rumah. Ikut mood diorang je nk g skolah ke x. Bestkan? mana x best nya, klas bewarna warni, meja sume kecik2 je, comel gitu, pastu plak dinding dihiasi nombor, dan huruf je, 1,2,3 pastu A,B,C siap ada upin ipin lak tu. Ibaratkan kat situ la syurga bagi kanak-kanak. Cikgu plak sume cantik macam EL ( rujuk cerita Setia Hujung Nyawa ). Okey, itu contoh sahaja.

Nelydia Senrose

Tapi betol la, cikgu tadika kena la cantik. Baru la budak-budak ni suka g skolah. Cuba korang bygkn kalau guru tadika sume muka mcm pembunuh bersiri, 25 jahitan kat pipi, parut kat gusi, mata berapi, gigi berdaki, gile budak2 nk g tadika? Memang tak ar. Kalau muke mcm tu aku rasa jadi warden penjara pun x lepas la, pasal terlampau menepati syarat jd warden. Mana x nya. sampai warden penjara sendiri pun takut nengok muke camtu.  X pasal-pasal warden penjara lain berhenti keja klu dia keja kat situ. (Maaf. gambar tidak disertakan. Di khuatiri mengaibkan. cukup sekadar imajinasi. tq).

Sambung balik, pada pengalaman dan pemerhatian aku la kan, budak-budak tadika ni sebenarnya x sabar-sabar nk g sekolah rendah sebab kat skolah rendah ni leh gune seluar biru tua bagi lelaki dan bagi perempuan plak guna kain biru tua. Ini kerana, pemakaian itu menampakkan mereka tu dah besar. Kalau nk tau, budak-budak ni x suka kalau kita panggil dia budak kecik. Mereka ni ada sifat yang merasakan diri mereka ni dewasa pada pandangan mata mereka. Tapi pada pandangan mata kita memang kecik la kan, alahai, comeynya dia~ Betul x? kalau x caya, cuba cakap kat adik-adik atau anak-anak jiran yang berumur 7 tahun, "Amboi adik Kocai, dh besar dh skarang ek." ataupun "wah, Aina Tasnam, dh dara dh skarang." walhal umo baru je 7 tahun. korang nengok mesti riak wajah, perwatakan, gaya badan mereka masa tu ibaratkan mereka dah dewasa yang mempunyai kehidupan mereka sendiri. Tapi, watak tu tak bertahan lama, mungkin hanya bertahan dalam 5 minit je, lepastu kembali normal la perangai kanak-kanak dia. Biasalah budak-budak~

Ni masa Tadika Kemas Kaba, Saratok (aku :tag nama EE) - 1995

Golongan yang kedua pula adalah golongan yang ketika ini di alam persekolahan. Masa sekolah rendah aku x nak cerita pasal x brapa nk ingat sangat dah zaman-zaman tu. So, aku nk sentuh berlandaskan pemerhatian di sekolah menengah. Aku dapat rasakan yang semua pelajar adalah sama seperti yang aku rasakan. Mungkin ada yang tidak bersetuju tetapi berkemungkinan ia berada dalam kuantiti yang sedikit dan akan ramai yang bersetuju dengan aku mengatakan yang Sekolah merupakan salah satu tempat yang huhuhu~ ok xpe. aku pun x paham ape yg aku mencarut ni. cooldown. slow2.

Masa ni aku berusia 11 tahun. Wakil Tilawah Al-Quran.( Dimana aku? : yg Lelaki tu.. ) -2000

Sebenarnya budak-budak sekolah ni suka dok kat skolah sebab ramai kawan, lepas tu banyak aktiviti sekolah, lepas tu cikgu lawa-lawa, ensem-ensem, lepas tu gosip. Kalau perempuan gosip pasal artis yang kapel, cerai berai, putus tunang, artis gaduh, cantik, hodoh, menyampah, hidung panjang, gigi jongang, dan lain-lain. Lelaki plak pasal game, bola sepak, awek-awek, moto, dan banyak lagi tajuk-tajuk yang tak terfikir dek akal. Perasan x? Mana perginya pelajaran? Mana perginya kerja rumah? Mana perginya ujian? Mana perginya guru disiplin?  Mana perginya cikgu-cikgu biologi, kimia, akaun, matematik, bahasa inggeris dan yang sewaktu dengannya?  Nak tau? ke korang dah tau? Mereka x g mana-mana, still ada dalam sekolah tu jugak.

Disebabkan perkara-perkara yang disoal itu la adalah sebab kenapa para pelajar x suka pada sekolah walhal perkara itu yang penting bila di sekolah. Aku bagi 1 contoh la kat sini, bila cikgu masuk kelas sume muke seposen je. Sehampeh2nya muka la wa cakap lu. Memang muke hampeh tu ibaratkan dh di training dpan cermin dan akan dipraktikalkan kat depan cikgu masa kelas. Bagi salam pun dengan lemah gemalai je. Muncung plak panjang sedepa. Buku teks pun nak x nak je dibuka. Maka berjalanlah pembelajaran di kelas dengan mendungnya. 1 jam 30minit kemudian, tiba-tiba, cikgu berkata "Ok, cukup untuk hari ini. Terima kasih kelas~" sepantas kilat kesegaran badan dirasa. Tolakan kaki ke lantai menegapkan badan, tatkala itu bunyi geseran kerusi jelas kedengaran, tangan lurus tersemat di sisi, dada kedepan, muka berkeyakinan dengan mata memandang cikgu dengan tepat dan padu dan seterusnya melontaran suara mengucapkan TERIMA KASIH CIKGU..!!! dengan semangat, kuat,dan nyaring sehinggakan boleh memecahkan gegendang telinga cikgu yang keluar kelas masa itu. Sebab itu cikgu selalu keluar kelas cepat-cepat. X abeh lagi ucapan "Terima Kasih Cikgu" dh 10 tapak dah cikgu meninggalkan kelas. Mungkin ada cikgu yang dah sampai di bilik guru dulu sebelum ucapan itu habis. Barangkali. kan? kan? kan?

Ni aku masa Ting.4 bersama kawan-kawan. - 2005

Golongan ke-3 adalah golongan yang telah meninggalkan alam persekolahan. Setelah kaki melangkah pergi meninggalkan zaman persekolahan, tatkala itulah terdetik sejuta kenangan yang susah untuk dilupakan. Tidak ada satu tempat pun yang akan sama dengan dimana kita pernah bersekolah menuntut ilmu. Tiba-tiba aku menggunakan bahasa yang agak skema. Ya.! Skema. Kat sini aku berani katakan yang zaman sekolah adalah merupakan zaman yang superb. Mesti ada budak sekolah kata "ala, korang dh abeh blaja sedap la ckp mcm tu" ok, tggu korang abeh blaja nk tau rasa nya macam mana. Tunggu~

Gambar bersama rakan sepengajian MOT di UUM.( Aku : kiri skali) -2012

Memang benar selepas alam persekolahan kita boleh berjumpa dengan kawan-kawan lama di luar tetapi, ia berbeza okey. Bagi aku ia amat berbeza. Hal ini mungkin disebabkan faktor usia, persekitaran, status dan keserasian hilang setelah lama tidak bersama. So, aku skarang memang amat merindukan zaman-zaman sekolah ku dahulu di SK Haji Bollah Kaba, Saratok (1996-2001) SMK (A) Sheikh Haji Othman Abdul Wahab dari ting.1 (2002) sehingga ting. 6 atas (2008).

Kepada adik-adik yang masih di sekolah, korang jangan la anggap sekolah tu penjara bagi korang. Abeh je korang belajar, korang akan rasa erti sebuah kerinduan bersama kawan. cewah. Kalau boleh, jgn la dok bercinta ngan monyet dulu. Memang betol, x elok. Study dulu, blajar bagi diri tu pandai, dapat keja elok, gaji boleh tahan, baru bercinta. Memang nmpak mudah kan. Tapi bila buat, susah. Ya itu pun aku tau, pasal keinginan manusia suka mencintai dan di cintai. Amboi. Yang tu tajok lain. akan menyusul~haha

3 ulasan:

  1. haha. bah cepat la mnyusulkan diri ntuk prenggan trahe :B

    BalasPadam
  2. wah.. terbaik.. penulisan yang mmpu membuatkan org tertarik dgn blog ko... teruskan menulis atau menaip ee... best2.. aku suka... hehhe..
    sigek gk.. tlg buang kod bila org nk komen kt blog ko.. menyusahkan peminat blog ko nk komen... good luck..

    BalasPadam